ini kiriman dari email V******@yahoo.com,silahkan membaca...
Jika seseorang hadir dalam hidup kamu
dan menjadi sebahagian daripada
kamu, tetapi atas sebab tertentu dia
terpaksa pergi, jangan terlalu sedih,
terimalah kenyataan itu dan sekurang-
kurangnya dia pernah membahagiakan
kamu.
Cinta itu seperti sinar matahari,
memberi TANPA mengharap
kembali.Cinta itu seperti sinar matahari,
TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari.
Cinta itu seperti sinar matahari yang
MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
Cinta adalah sebuah janji, cinta adalah
sebuah cenderahati, sekali diberi tidak
akan di lupakan , jangan biarkan ia
hilang.
Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir
dengan permintaan … namun ia hadir
kerana ketentuannya….jika ia sebuah
cinta, ia tidak hadir dengan kemewahan
dan kebendaan …namun ia hadir kerana
pengorbanan dan kesetiaan.
Cinta tak pernah menjanjikan apa-apa.
Ia berlaku dengan indah sekali dan
mungkin berakhir dengan perit sekali.
Cinta tidak semestinya membawa
kebahagian dan keindahan. Cinta juga
adalah pemusnah dan boleh membawa
pada kekecewaan yang panjang. Oleh
itu berhati-hatilah dalam menyambut
atau menerima huluran cinta dari
seseorang itu.
Cinta tidak semestinya diucap dengan
kata-kata manis sekiranya kita tidak
tahu menghargai atau memahaminya.
Apalah erti cinta jika kesetiaan yang
wujud bukanlah dari hati yang ikhlas
dan suci.
Cinta itu satu siksaan jika tiada
kepastian. Jiwa pasti gelisah dalam
meniti sebuat kepastian … gelisah
memikirkan sama ada cinta yang
dihulur berbalas atau hanya bertepuk
sebelah tangan. Apa jua keputusan
yang bakal diterima, tabahlah selalu
kerana tidak semua impian dan
kehendak kita menjadi milik kita.
Untuk bercinta kita mesti berani.
Jangan takut pada kegagalan tapi
takutlah pada kemungkaran.
Bersedialah menghadapi kegagalan
sebelum kegagalan menghancurkan
hidup kita.
Ingat disetiap waktu ada org yang lebih
menyayangi diri kita. Kita tak akan
kehilangannya sekira kita terus
menyayanginya dengan sepenuh hati..
Cinta perempuan itu diibaratkan seperti
layang-layang, bila dikejar ia lari, bila
ditunggu ia menanti. Manakala cinta
lelaki pula adalah seperti cermin,
walaupun ia tidak berbohong, namun
sukar untuk dipercayai. Sedangkan
cinta itu sendiri adalah seperti sang
rembulan yang menerangi kegelapan
malam yang gelita tetapi sampai hati
membiarkan pungguk merinduinya.
Andai kita mencintai, jangan dipuja
cinta itu seperti bunga kerana bunga
akan layu bila akhir musimnya. Biarlah
cinta itu seperti sungai yang mengalir
karena airnya akan mengalir buat
selamanya.
Cinta ibarat dua hati yang dihubungkan
oleh sebatang spring teguh dan ajaib,
apabila dua hati itu dijarakkan, spring
itu akan mengalami ketegangan.
Semakin jauh spring itu diregangkan,
semakin kuat dua hati itu ingin
bertemu.
Cinta yang dimulai dengan
senyuman,tumbuh dengan dakapan
dan seringkali berakhir dengan air
mata.
Cinta itu adalah sesuatu yang SEDAP
jika dilihat, tapi BASI jika dibiarkan.
Cinta itu BUKAN seuatu hal yang indah,
jika berakhir dengan perpisahan. Cinta
itu PENYAKIT, iaitu membuat jantung
GEMENTAR
..
Hal paling kejam yang seseorang
lakukan kepada orang lain adalah
membiarkannya jatuh cinta, sementara
kamu tidak berniat untuk
menangkapnya
..
Jangan pernah membicarakan perasaan
yang tidak pernah ada. Jangan pernah
menyentuh hidup seseorang kalau hal
itu akan menghancurkan hatinya.
Jangan pernah menatap matanya kalau
semua yang kamu lakukan hanya
berbohong.
Ada cinta yang agung antara hamba
dan Tuhannya. Cinta kudus antara
bonda dan anaknya. Ada cinta rafik
yang setia. Ada cinta berahi antara
kekasih teruna dara. Ada cinta
persaudaraan yang tiada bandingnya.
Ada cinta sesama makhluk yang begitu
mulia dan cinta dikatakan hampir tidak
memilih usia. Ia juga tidak mengira
rona bangsa. Tidak ada miskin kaya
dalam catatan kamus cinta. Justeru,
cinta dikatakan sesuatu yang cukup
luar biasa dalam cakerawala hidup setia
jiwa.
thank's buat email V*****@yahoo.com,yang telah mengirim kan tulisan ini...